Fakulti Universiti Islam Selangor

Fakulti Pengajian Peradaban Islam

Fakulti Pengajian Peradaban Islam[10] merupakan sebuah Fakulti terawal (sejak tahun 1995) di KUIS yang menumpukan kepada penawaran perkhidmatan pendidikan khasnya dalam bidang Pendidikan Islam. Fakulti Pengajian Peradaban Islam bertekad untuk melahirkan graduan yang kompeten bukan sahaja daripada aspek keilmuan tetapi juga akhlak dan kemahiran bagi mencapai matlamat mardhatillah. Bermula dengan Sekolah Pengajian Islam (SPI), kini Fakulti Pengajian Peradaban Islam telah melahirkan ramai graduan dan cendekiawan yang tidak kurang hebatnya di peringkat domestik dan antarabangsa bagi meneruskan bidang industri pendidikan di Malaysia khususnya di Selangor.

Pada masa kini Fakulti Pengajian Peradaban Islam menawarkan program Diploma, program Sarjana Muda, program Sarjana & program Doktor Falsafah. Pendekatan yang dilakukan masih meneruskan kursus integrasi ilmu antara ilmu-ilmu asas Pengajian Islam dan bidang-bidang profesional seperti Multimedia, Komunikasi dan Pengurusan Sumber Insan.

Mempunyai 4 buah jabatan, iaitu Jabatan Dakwah & Usuluddin, Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah, Jabatan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab.

Program yang ditawarkan

  1. Diploma Pengajian Bahasa Al-Quran
  2. Diploma Akidah dan Pemikiran Islam
  3. Diploma Al-Quran dan As-Sunnah
  4. Diploma Dakwah
  5. Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat
  6. Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi (Kepujian)
  7. Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia (Kepujian)
  8. Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Qiraat (Kepujian)
  9. Sarjana Muda Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
  10. Sarjana Muda Pengajian Islam (Bahasa Arab dengan Multimedia) (Kepujian)
  11. Sarjana Muda Pengajian Bahasa Al-Quran (Kepujian)
  12. Sarjana Muda Pengajian Islam (Bahasa Arab Terjemahan) (Kepujian)
  13. Sarjana Usuluddin & Pemikiran Islam
  14. Sarjana Usuluddin (Perbandingan Agama)
  15. Sarjana Pengajian Al-Hadis
  16. Sarjana Pengajian Al-Quran
  17. Sarjana Pengajian Ilmu Qiraat
  18. Sarjana Dakwah & Pembangunan Komuniti
  19. Sarjana Bahasa Arab untuk Tujuan Khusus
  20. Doktor Falsafah (Islamiyyat)
  21. Doktor Falsafah (Pengajian Bahasa Arab)


Fakulti Pengurusan & Muamalah

Fakulti Pengurusan dan Muamalah[11] ini menyediakan tenaga kerja Muslim yang profesional dalam bidang-bidang yang berkaitan seperti perbankan, perakaunan, ekonomi, pengurusan perniagaan dan pengurusan sumber manusia. Graduan fakulti ini diharapkan mampu memimpin masyarakat dalam pelbagai bidang pekerjaan berlandaskan prinsip dan ajaran Al-Quran.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah bertujuan untuk meluaskan pengetahuan tentang Pengurusan Perniagaan mengikut perspektif Islam seperti Perbankan Islam, Insurans Islam, Etika Perniagaan Islam bersesuaian dengan dasar penerapan Islam yang diterapkan oleh kerajaan di kalangan kakitangan awam dan swasta. Pelajar akan didedahkan kepada prinsip-prinsip Islam yang berkaitan asas Pengurusan Perniagaan termasuk konsep Islam sebagai Ad-din, sumber-sumber hukum, asas muamalat, ekonomi Islam, riba, akad, zakat perniagaan, etika perniagaan Islam, prinsip-prinsip pengurusan dan kewangan Islam.

Mempunyai 3 buah jabatan iaitu Jabatan Perakaunan & Kewangan, Jabatan Ekonomi & Pengurusan, Jabatan Bahasa Inggeris & Komunikasi

Program yang ditawarkan

  1. Diploma Perakaunan
  2. Diploma Pengurusan Perniagaan
  3. Diploma Perbankan Islam
  4. Diploma Pengurusan Sumber Manusia
  5. Diploma Komunikasi
  6. Diploma Pengajian Bahasa Inggeris
  7. Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan E-Dagang (Kepujian)
  8. Sarjana Muda Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
  9. Sarjana Muda Ekonomi dan Kewangan (Kepujian)
  10. Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
  11. Sarjana Muda Kewangan Islam (Perbankan) (Kepujian)
  12. Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) (Kepujian)
  13. Sarjana Muda Pengurusan (Industri Halal) (Kepujian)
  14. Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi Koporat (Kepujian)
  15. Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Muamalah)
  16. Sarjana Pengurusan Sumber Manusia
  17. Sarjana Ekonomi
  18. Sarjana Kewangan Islam
  19. Sarjana Perakaunan
  20. Sarjana Komunikasi
  21. Doktor Falsafah (Pengurusan)
  22. Doktor Falsafah (Perakaunan)


Fakulti Sains & Teknologi Maklumat

Fakulti Sains & Teknologi Maklumat[12] ini diperkenalkan bagi menyediakan tenaga mahir dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat (ICT). Kurikulum fakulti ini digubal dengan memberi penumpuan kepada teras dalam teknologi maklumat dan bidang sokongan yang membantu proses pembinaan kemahiran pelajar dalam hubungan kemanusiaan dan organisasi.

Mempunyai 2 buah jabatan, iaitu Jabatan IT & Multimedia, Jabatan Sains Komputer.

Program yang ditawarkan

  1. Diploma Multimedia
  2. Diploma Sains Komputer
  3. Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Media Interaktif) (Kepujian)
  4. Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian) (Kepujian)
  5. Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Rekabentuk Digital) (Kepujian)
  6. Sarjana Muda Sistem Maklumat (Kepujian)
  7. Sarjana Teknologi Maklumat
  8. Sarjana Sains (Multimedia Kreatif)
  9. Doktor Falsafah (Teknologi Maklumat)


Fakulti Pendidikan

Fakulti Pendidikan[13] ini ditubuhkan bagi memartabatkan profesion pendidikan dengan melahirkan para pendidik yang berketerampilan, berasaskan budaya ilmu, teknologi dan beretika selari dengan nilai-nilai Islam bagi mendapatkan keredaan Allah. Ini juga selaras dengan misi fakulti iaitu melahirkan para pendidik yang berinovatif dan celik teknologi seiring dengan keperluan semasa, melahirkan para pendidik yang berupaya mengaplikasikan teori-teori pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, dan melahirkan para pendidik yang dapat melaksanakan tugas berpandukan etika kerja yang cemerlang dan mampu berdaya saing.

Mempunyai 2 buah jabatan, iaitu Jabatan Pengurusan Pendidikan & Bahasa, Jabatan Asas Kemanusiaan & Perkaedahan.

Program yang ditawarkan

  1. Diploma Perguruan ( Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua)
  2. Diploma in Teaching (Teaching English as a Second Language)
  3. Diploma Perguruan (Pendidikan Islam)
  4. Diploma Perguruan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
  5. Bachelor of Education (Hons) Teaching English as a Second Language (TESL) with Multimedia
  6. Sarjana Muda Pendidikan Islam Dengan Multimedia (Kepujian)
  7. Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat (Kepujian)
  8. Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian)
  9. Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan & Kaunseling (Kepujian)
  10. Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam)
  11. Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa)
  12. Sarjana Pendidikan (Kurikulum & Pedagogi)
  13. Sarjana Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan)
  14. Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)
  15. Doktor Falsafah (Pendidikan)


Fakulti Syariah & Undang-Undang

Fakulti Syariah & Undang-Undang[14]

 MOTO FAKULTI

Peneraju Profesionalisme Syariah (Leading Syariah Profesionalisme)

 VISI FAKULTI

Menjadi fakulti premier dalam menerajui bidang syariah dan perundangan berpegangkan prinsip iman, Islam dan ihsan bagi mendapatkan keredaan Allah.

 MISI FAKULTI

Mencapai kecemerlangan dalam urus tadbir, akademik, penyelidikan, perundingan dan sahsiah pelajar melalui penggunaan teknologi terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

 MATLAMAT PENDIDIKAN FAKULTI

Membentuk daie, ulama dan umara melalui dasar pendidikan yang berteraskan integral knowledge dan berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.

 OBJEKTIF FAKULTI

Berdasarkan keperluan semasa, kepentingan agama dan negara, Fakulti Syariah dan Undang-undang menetapkan objektif seperti berikut:

- Melahirkan graduan yang beriman, bertakwa, berintegriti, seimbang dan mahir dalam bidang syariah dan undang-undang serta berkebolehan mengaplikasikannya.

- Menyediakan graduan yang berkebolehan, beretika dan mampu menerokai sektor pentadbiran, perkhidmatan, perundangan, pengurusan dan pendidikan.

- Melahirkan ilmuan yang profesional, kritis dan mampu menyelesaikan isu-isu kontemporari berkaitan hukum Islam dan perundangan dalam masyarakat.

- Mengembang dan memajukan ilmu syariah dan undang-undang melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan.

Mempunyai 2 buah jabatan, iaitu Jabatan Syariah, Jabatan Undang-Undang.

Program yang ditawarkan

  1. Diploma Pengajian Syariah
  2. Diploma Syariah & Perundangan Islam
  3. Sarjana Muda Syariah dengan Undang-Undang (Kepujian)
  4. Sarjana Muda Syariah dengan Muamalat (Kepujian)
  5. Sarjana Syariah (Pengurusan)
  6. Sarjana Syariah Undang-Undang

Rujukan

WikiPedia: Universiti Islam Selangor http://www.kuis.edu.my/ http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_con... http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_con... http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_con... http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_con... http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_con... http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_con... http://www.kuiscell.com/ http://www.kuis.edu.my/rdc/ http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_con...